Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Ahad, 14 Jun 2015

TARIKH LAHIR MENGIKUT KALENDAR ISLAM

Assalamualaikum wbt.

Ingin mengetahui tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam?

Sila klik link di bawah:
http://www.al-islam.com/Loader.aspx?pageid=922

Moga bermanfaat untuk sahabat semua.Terima kasih!

Rabu, 20 Mei 2015

7 TIPS PERSEDIAN IMAM TARAWIH

PERSEDIAAN SEBELUM BERAKSI SEBAGAI IMAM TARAWIH

1. Menjaga suara dengan baik (jaga makan)

Penjagaan makan dan minuman amat penting bagi seorang imam. Kerana makanan akan mempengaruhi suara ketika kita bertugas.

2. Melatih suara dan lagu dengan mendengar bacaan dari Syekh-syekh terkemuka.

Tahun lepas kita melantunkan al-Quran dengan lagu syekh sekian. Rakaat seterusnya pun kita masih menggunakan alunan lagu yang sama. Makmum akan boring.

Sebagai seorang imam seharusnya kita pelbagaikan lagu, tone, nada, key suara, tinggi rendah dan seni dalam pembacaan al-Quran.

Behati-hati dengan niat melagukan al-Quran. Kita melagukan al-Quran adalah tujuan untuk menjadikan makmum kita lebih khusyuk ketika solat bersama kita bukan tenggelam dalam alunan lagu sehingga tertidur dan lalai seolah-olah mendengar lagu nyanyian.

Pelbagaikan lagu, pastikan ianya diupgrade berbanding lagu tahun lepas.

3. Perkemas hafazan dan tajwid (pergi talaqi)

Sebelum beraksi dan bertugas sebagai seorang imam WAJIB bagi seorang imam bertalaqi, memperkemas dan memperbetulkan bacaannya.

Ya, memang bacaan kita dah betul tapi saya yakin bila kita bertalaqi PASTI ada kalimah atau tajwid yang MASIH lagi kita salah ketika menyebutnya.

Jadi bertalaqi dengan guru dan syekh Quran adalah jalan terbaik.

4. Kerapkan membaca al-Quran dalam keadaan suara yang kuat dan nada yang tinggi

Ketika solat tarawih lazimnya imam mudah 'tersasar' dan menggunakan tone tinggi. Pada awalnya memang kita menggunakan tone rendah tapi dalam solat tiba-tiba kita terguna nada yang tinggi sehingga menyebabkan susah nak turun.

Di sini kita perlukan TENAGA yang lebih. Nada tinggi pastinya memerlukan nafas yang panjang, suara yang tegas, 'gagah' (dialek Kelantan).

Berlainan bagi mereka yang memang nafasnya panjang dan suaranya memang besar dan gagah.

Bagi mereka yang suaranya slow, kecil dan rendah WAJIB berlatih baca dalam keadaan kuat. Bila sudah terbiasa dengan latihan, insyaAllah tiada masalah lagi jika kita 'tersasar' ke tone yang tinggi.

5. Tambah pengetahuan (agama, isu semasa, dunia dll).

Imam adalah ketua. Ya, ketua pastinya berilmu. Lebih-lebih lagi masyarakat sudah mengenali imam sebagai orang yang faqih dalam agama. Wajib bagi seorang imam itu mendalami selok-belok urusan agama dan punyai thaqafah yang mantap.

Masyarakat menganggap imam sebagai tempat rujukan dan tempat luahan masalah. Jadi, sesi 'borak-borak santai' pasti akan ada bersama imam dan jemaah masjid.

Isu yang dibangkitkan pastinya hukum-hakam agama dan kaitannya dengan isu semasa dunia hari ini. Sebagai seorang WAJIB kita kuasai semua perkara samada ekonomi, rumahtangga, pertukangan, kejuruteraan dan lain-lain ilmu agar kita 'mudah masuk' dengan makmum dan dakwah mudah disampaikan padanya.

6. Kuasai pelbagai softskill (seni bermasyarakat, tutur kata, hubungan silaturrahim)

Softskill dan seni bermasyarakat amat penting bagi seorang imam. Imam WAJIB turun bersama masyarakat! Bukan sekadar imam solat.

Makmum kita ada pelbagai lapisan umur dan ragam. Tua, muda, dewasa, kanak-kanak, warga emas dan lain-lain. Bahasa muamalah kita dengan setiap dari mereka pastinya berbeza.

Bina hubungan yang baik dengan masyarakat setempat terlebih dahulu. Bila hubungan sudah baik hati sudah diikat dengan silaturrahim pastinya dakwah mudah disampaikan.

Imam juga tidak boleh culas dalam aktiviti kemasyarakatan. Bila ada saja kerja gotong-royong imam wajib sertai dan turut bersama dalam aktiviti mereka.

Tak mengapa tak pandai. Boleh belajar. Tapi JANGAN buat-buat pandai. Takut nanti tersilap dan anda akan dipandang rendah.

7. Jaga kesihatan

Imam WAJIB jaga kesihatan. Sekiranya anda sakit segera cari pengganti. Jangan cari pengganti yang bacaannya LEBIH teruk dari anda.

Jikalau ada jemputan kenduri, hati-hati ketika menjamahnya. Kita tidak tahu apa yang diletakkan di dalam makanan kita. 

Sahabat saya pernah cuma 'disihir' oleh jemaahnya kerana ada yang 'berkenan' dengannya.

Kesihatan di sini adalah rohanj dan jasmani.

* * *

Persediaan-persedian di atas perlu dititik-beratkan oleh para imam yang bakal bertugas dibulan Ramadan.

Mungkin diantara kita yang bakal dihantar untuk bertugas di mana-mana masjid.

Oleh yang demikian penguasaan loghat, harus kita tahu mengenai keadaan masyarakat setempat dan kaji sedikit sebanyak tentang kawasan tersebut samada penduduk atau perkara yang berkaitan.

Ya, kita memang ditugaskan 'jadi imam' tapi imam juga merupakan seorang pemimpin. Jadi secara tak langsung kita perlu bersedia dengan ilmu-ilmu lain agar kita lebih bersedia dan terkehadapan dari makmum dan masyarakat setempat.

Selamat bertugas buat para imam dan bilal.

Terima kasih.

Muhd Bazli Zakaria
Hayyu Sabik, Kaherah
17 Jun 2015 | 29 Sya'ban 1436

Selasa, 19 Mei 2015

TIPS MUDAH HAFAL AL-QURAN

#TIPS HAFAL AL-QURAN

1. LEPAS ASAR: Baca (tengok) betulkan tajwid
2. LEPAS MAGHRIB: Mula hafal dan fokus!
3. LEPAS SUBUH: Ulang hafalan semalam, baca kembali depan kawan dan jangan salah!
4. LEPAS ISYAK: Ulang (murajaah) hafalan semalam sampai lancar.

* * *

PERINGATAN!

1. Tinggalkan maksiat agar mudah menghafal!
Tengok movie, bacaan lagha, wasap mengarut, video lalai, gelak sakan, kutuk kawan, lambat solat dan lain-lain.

2. Digalakkan guna al-Quran yang bersaiz BESAR. Kerana bila kita menghafal pandangan kita kepada mushaf akan lebih jelas dan luas. Quran KECIL sesuai digunakan ketika murajaah sahaja. Tak digalakkan guna untuk menghafal dikhuatiri tak nampak huruf disebabkan tulisannya yang kecil.

3. Ketika menghafal lontarkan SUARA dengan KUAT (bukan menjerit), ini kerana bila kita menghafal dengan mengeluarkan suara yang kuat secara tidak langsung kita menggunakan dua kemahiran. Hafal dengan cara MEMBACA dan MENDENGAR.

4. Jangan'berani-berani'  nak HAFAL berseorangan tanpa ada yang 'menilai' (menyemak) bacaan kita sekalipun kita seorang Quraa' yang hebat!
Dikhuatiri bacaan kita salah, tertambah atau tertinggal huruf. Contoh: وﻻ تسألوا kita baca وﻻ تسألون.

5. Selepas hafaz, pastikan hafazan kita itu disemak oleh sahabat-sahabat. JANGAN MALAS!

6. Hafazlah dengan bacaan yang PALING BAIK kerana kebiasaannya hafalan yang pertama ini akan menjadi 'bacaan kekal' kita. Jika baik hafalan kita, baiklah ia hingga ke akhirnya. Jika buruk dan cacat hafalan kita, maka buruk dan salahlah bacaan kita.

7. Pastikan niat hafal al-Quran kita betul!
Upgrade sikit niat kita. Andai hafal Quran sebab nak exam. Habis exam CONFIRM Quran hilang.
Tapi kalau hafal niat untuk tambah koleksi 'ayat hafazan' kita, exam gagal pun Quran still ada dan tak lari. Tak percaya? Cubalah!

8. Al-Quran bukan milik kita! Kalau kita permainkan dia dengan niat untuk cari makan, lulus exam dan lain-lain pastinya Allah takkan benarkannya duduk dalam hati kita. Percayalah!

9. JANGAN BERANI nak hafal 'ayat baru' selagi kita tidak betul-betul ingat ayat sebelummya!

10. HP JANGAN LETAK TEPI! Letak jauh-jauh!
Ya! Letak jauh dari pandangan mata dan hati.

11. Dah seronok hafal, jangan lupa untuk MENGAMALKAN apa yang ada dalam al-Quran. Berakhlak dengan akhlak al-Quran, setiap tutur kata dijaga dan gurauan tidak berlebihan kerana lidah dan mulut kita adalah 'mempunyai kesan' dari ayat-ayat al-Quran. Peliharalah lidah kita agar mudah untuk melantunkan kembali ayat suci al-Quran.

* * *

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk MENAMBAH 'Koleksi Ayat Hafazan' kita. Jika sebelum ni di dalam solat kita kerap baca  والعصر dan قل هوالله. Upgrade sikit dengan surah lain, agar solat kita itu semakin indah dan cantik!

Sekadar perkongsian ringkas dari diri yang lemah.

Muhd Bazli Zakaria
9 Mei 2015
Hayyu Sabik, Kaherah

Khamis, 7 Mei 2015

Jangan HAMPAKAN kepercayaan orang lain terhadap kita!



Jangan HAMPAKAN kepercayaan orang lain terhadap kita!

Mereka menghantar 'friend request' kepada kita mungkin HANYA disebabkan satu post kita yang sangat mereka minati dan TERKENA dengan diri mereka sendiri, lalu post itu dikongsikan pada sahabat FB lain.

Jangan apabila 'friend FB' penuh, kita masih sibuk mempromosi diri masing-masing tanpa menghiraukan MAD'U kita yang sentiasa 'ternanti-nanti' buah ilmu dari kita.

Akhirnya mereka terasa ditipu seolah-olah post kita dulu adalah 'copy paste' hasil ilmu orang lain yang tidak dinyatakan sebenarnya itu adalah karya orang.

Bersedialah setiap hari dengan satu 'buah fikiran' yang baik buat sahabat-sahabat kita!
Bukan semata-mata perkongsian urusan peribadi sahaja.

Tapi awas!

Sibuk menulis dan mengajak JANGAN sampai lupa untuk diri sendiri BER'AMAL!

 MY STATUS FB

11 RAHSIA MENGHAFAZ AL-QURAN

11 RAHSIA MENGHAFAZ AL-QURAN OLEH DR GIGI DAN NAIB JOHAN HAFAZAN AL-QURAN DI JORDAN

* * * * * *

Terasa ingin berkongsi kepada teman-teman petua-petu yang mungkin boleh diamalkan bersama untuk kita menghafal a-Quran dengan baik

* * * * * *



Walaupun sibuk menjawat jawatan doktor gigi di sebuah hospital di Putatan, Sabah Dr. Nur Munirah Mohd Nor telah berjaya menjadi naib johan bagi kategori hafazan 20 juzuk dalam Majlis Musabaqah Menghafaz Al-Quran Al-Karim Kerajaan Hasyimiah Kali Ke-10 di Amman, Jordan yang berlangsung pada 20 hingga 25 April lalu.


nur munirah mohd norGambar Utusan/Zaki Amiruddin

Perjuangannya memartabatkan al-Quran dipermudahkan meskipun sibuk dengan tugas yang memerlukan komitmen tinggi. Ini bukanlah penyertaan kali pertama baginya dalam pertandingan seumpama ini. Sebelum ini dia pernah menjuarai pertandingan menghafaz al-Quran peringkat negeri pada Februari 2015 dan mewakili Kelantan ke Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada Mac lalu di Shah Alam, Selangor.

Di dalam pertandingan di Jordan, Dr Nur Munirah berjaya menewaskan 10 peserta lain bagi kategori tersebut. Dia tetap bersyukur walaupun mendapat tempat kedua dan gembira berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang hafazan al-Quran selepas dia diberi kepercayaan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyertai pertandingan ini. Pemilihannya ke Jordan adalah berdasarkan kejayaannya muncul naib johan peringkat kebangsaan pada tahun lalu bagi kategori hafazan 30 juzuk.

Rahsia Menghafaz al-Quran Dr. Nur Munirah Mohd. Nor

1. Ibu bapa telah mengajarnya mengenal al-Quran sejak kecil lagi.
“Saya membaca al-Quran sejak berusia enam tahun dan mula menghafal ketika berusia 13 tahun.” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia.
2. Tidak jemu menghafal al-Quran setiap hari.
3. Tidak merasakan menghafal al-Quran itu satu beban, malah rutin itu menyebabkan dia mudah untuk melakukan sebarang urusan kerja.
4. Tidak mengamalkan sebarang pantang larang dari segi makanan. Makan selagi ianya halal.
5. Jaga mata.
6. Jaga pergaulan dengan rakan-rakan.
7. Ibunya, Wan Khatijah Wan Adam memupuk minat Dr. Nur Munirah dengan cara memasang kaset alunan bacaan qari-qari ternama sejak dia kecil lagi.
8. Semasa di Kelantan Nur Munirah juga pernah belajar menghafal al-Quran dengan seorang ustaz di Tumpat.
9. Ibu bapanya mendidik dia dan 7 adik-beradiknya yang lain mencintai dan menghafaz al-Quran sejak mereka kecil.
10. Berusaha sehingga mampu menghafal 30 juzuk al-Quran merangkumi 114 surah dan 6,236 ayat dalam kitab suci berkenaan.
11. Minat mengatasi segala halangan dan kesukaran menghafaz.

Beliau adalah satu-satunya peserta dari Malaysia yang menyertai pertandingan itu yang mendapat penyertaan daripada 35 negara. Kemenangan dalam pertandingan tersebut membolehkan Nur Munirah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM8,000 berserta sijil dan plak.
“Persaingan memang sengit kerana peserta dari negara Arab sudah tentu mempunyai kekuatan dari segi tajwid dan al-Quran itu sendiri adalah dalam bahasa Arab.” katanya kepada wartawan Harian Metro.
Sumber: Harian Metro, Utusan Malaysia, Utusan 2

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH



UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Wallahua'lam

‪#‎cnp‬

CINTA ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB

Sekian lama tidak membawa puteri kami ke pasaraya. Paling akhir seingat saya ialah tahun lepas. Ketika itu anakanda puteri masih belum berjalan sempurna.

Dua hari lepas kami sekeluarga singgah ke pasaraya untuk membeli sesuatu. Lebih kurang 1 minit masuk ke dalam pasaraya puteri kami bersuara:

"Banyaknya makanaan... banyaknya makanan, mama.."

Saya dan isteri tergelak besar mendengar kata-kata anakanda.

Ketika ingin membuat bayaran, sekali lagi tuan puteri menunjukkan kedewasaannya iaitu meminta sesuatu (coklat) yang berdekatan dengan kaunter pembayaran.

Reaksi beliau sangat aktif dan membuatkan diri ini teringat sewaktu kecil dulu meronta-ronta inginkan 'Alat Mewarna' bersaiz besar.

Kini tuan puteri semakin besar dan boleh dibuat kawan. Boleh menjaga adiknya jika saya ke masjid dan mamanya di dapur. Apa sahaja tindakan kami di rumah pasti akan dipersoal dan ditanya.

Bila berjalan jauh dia akan mengeluh:

"Mama.. nanti dulu.. kakak penaaat.."

* * *

Buat ayahanda bonda sekalian, ilmu mendidik anak bukan sekadar membaca beberapa buah buku sahaja.

Ianya harus diteruskan dengan mempelajarinya melalui pelbagai cara. Kadang-kadang ilmu yang kita ada hari ni mungkin tidak mampu menjawab soalan si anak kecil tersebut.

Dalamilah ilmu rumah tangga sebaik mungkin. Berumah tangga bukan sekadar seronok bercinta dengan pasangan sahaja. Bahkan seluruhnya. Buktikan CINTA kita kepada Allah dan Rasul dengan menjaga amanah (anak) dengan baik.

Kalau sewaktu alam mahasiswa kita kerap menolak jika dilantik ajk sekian-sekian unit, maka ketahuilah bila di alam rumah tangga kita semualah yang akan lakukan sebagaimana exco-exco dan ajk-ajk lakukan dulu. Bermula dari memimpin, merancang, menyusun, perkemas tarbiyyah, pendidikan anak-anak, gotong-royong besama family, kemahiran bertukang, riadah, cara menasihat (pengucapan awam) dan lain-lain.

Semua yang kita alami di alam mahasiswa bakal kita hadapi di alam rumah tangga kelak.

Ya, bersedialah dari sekarang!

Bukan bila anak sudah berderet, pasangan sudah lali dengan kehidupan yang lagha baru ingin berubah.

Kepada mereka yang sudah tersilap langkah dalam mendidik, kembalilah kepada jalan yang sebenar menurut acuan Islam.

Islam adalah jalan yang terbaik untuk kita contohi tidak kira dalam apa jua perkara.

Bila nak kahwin bukan menjadi permasalahannya, yang penting persediaan menghadapi alam perkahwinan itu WAJIB bermula dari sekarang.


Muhd Bazli Zakaria
Hayyu Sabi', Cairo

Isnin, 30 Januari 2012

Kenangan Terindah... hadiah dari Allah sempena Maulidur Rasul


Niat murni hadir di Cairo International Book Fair hanya untuk mengambil gambar suasana di sana bertukar menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan...

Hanya berbekalkan LE10 datang ke pameran selepas beberapa jam bersantai serta bergambar dengan sahabat se'outing', tika berhampiran dengan pintu keluar, hati ini terdetik untuk kembali ke tempat menjual al-Quran kerana ingin membeli sesuatu yang indah untuk yang tersayang.

Selepas melalui beberapa booth pameran jualan buku, mata tertarik di satu ruang pameran, berkumpul sekitar 4 orang pembeli dalam keadaan sedang memegang kamera dan video camera seolah-olah merakam sesuatu yang menarik.

Hanya pandangan yang bersahaja aku lemparkan pada ketika itu, hati yang ' berdosa' ini berkata "hanya seorang Pakcik Tua yang bergelar penulis sedang menandatangani hasil buku karangannya", lalu perjalanan ini diteruskan bagi meneruskan pencarian al-Quran.

Selepas melepasi beberapa booth, hati kecil ini terdetik seakan-akan ingin mengetahui siapakah gerangan 'Pakcik Tua yang berjubah, berkopiah ust Azhar, dan kepalanya diselubungi serban putih dan sebahagian mukanya seolah-olah tertutup membuatkan mukanya kurang jelas untuk dilihat secara penuh.

Selepas hati ini terasa terpujuk untuk kembali ke booth tadi, diri yang 'berdosa ' ini terus mengamati secara dekat siapakah gerangan 'Pakcik Tua" tadi.

Seolah-olah mengetahui dan merasakan pernah terlihat wajah yang suci ini, tapi lupa pada waktu bila, selepas beberapa saat mengamatinya, aku terus bertanya kepada arab di sebelah.

Akhirnya, selepas diri yang berdosa ini mengetahui siapakah 'Pakcik Tua' itu, terus ku menyambut tangannya dan bersalam dengan rasa malu dan penuh kehinaan dan dalam masa yang sama hatiku memohon kemaafan kepadanya, kerana yang sebenarnya 'Pakcik Tua' itu adalah lebih mulia berbanding dengan ku yang hina lagi banyaknya dosa...

Perbaharuilah niat kalian dengan sebaik-baik niat, kerana niat yang baik akan disusuli dengan pahala dan niat yang baik kebiasaannya akan diganjari sesuatu yang lebih baik dari apa yang dihajati pada awalnya.

Peluang bersalaman dengannya adalah kenangan yang tidak dapat  dilupakan, kerana 'Pakcik Tua' ini bukanlah insan biasa bahkan lebih dari seorang penulis biasa yang sekadar hadir untuk menandatangani buku hasil karangan mereka.

Maafkan diri yang berdosa ini wahai guruku...

Aku bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hatiku untuk kembali bertemu dengan pewaris Nabinya, walaupun hanya berbekalkan LE10 ke pameran tersebut, kerana kewangan tidak mengizinkan untuk membeli sesuatu yang berharga di sana.

Seandainya niatku bukan semata-mata untuk mengambil gambar di sana... niatku ke sana untuk mencari buku untuk ILMU, nescaya Allah akan kurniakan lebih dari seorang 'Pakcik Tua' aku akan ketemui.

Wahai sahabat-sahabat, sekiranya kalian mempunyai kelebihan dari segi kewangan, tukarkanlah ia kepada buku, kerana buku adalah harta yang paling bernilai.

kenangan bersama...
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Ahad 29 Januari 2012
Cairo International Book Fair, Egypt


Ahad, 2 Oktober 2011

Syahadah

Sekian lama tidak menulis selepas disibukkan dengan perbagai tugas dalam membantu dan memperkukuhkan kesatuan Islam. Kini saya ingin kembali berkongsi dengan sahabat-sahabat beberapa pengalaman yang mungkin berbentuk ilmu dan pengetahuan juga boleh dijadikan sebagai panduan serta pengajaran untuk kita sama-sama menjadikan ia sebagai satu wasilah untuk kita terus maju di dalam kehidupan di atas landasan yang telah ditetapkan oleh syariat berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Topik yang saya ingin kongsikan pada artikel kali ini ialah syahadah.

Syahadah yang saya maksudkan di sini bukanlah bermaksud lafaz syahadah itu. Syahadah dari segi bahasanya bermaksud penyaksian. Sama juga kita mengatakan aku bersaksi (syahadah) nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Lafaz syahadah ini bermaksud bersaksi.

Saya ingin menfokuskan syahadah tahfiz al-Quran ataupun dengan erti kata lainnya sijil tahfiz al-quran.
Kebiasaannya  bagi setiap sekolah tahfiz ada istilah tertentu yang dikhususkan sebagai panggilan khusus bagi setiap nama-nama sijil dan peringkat mengikut ujian yang diambil.

Sijil Tahfiz biasanya dan kebanyakan setiap sekolah ataupun Maahad tahfiz menggunakannya dengan erti kata apabila seseorang pelajar itu dapat mengkhatamkan 30 juzuk  al-Quran  dengan hafalan. Dan selepas dari itu pelajar tersebut akan dikurniakan Sijil Tahfiz Al-Quran.

Ada juga sebahagian Maahad tahfiz mensyaratkan untuk mendapatkan sijil ini perlulah mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran BESERTA mengulangnya kembali dengan satu ulangan. Bermaksud, selepas dari pelajar itu tamat mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran secara hafalan kemudian ditambah dengan mengulang kembali hafalannya serta melancarkan hafalannya bermula dari juzuk 1 hinggalah juzuk 30. Selepas tamat ulangannya, barulah pelajar itu dikurniakan sijil tahfiz al-Quran.

Bagi saya ini adalah lebih baik dari yang pertama, kerana kebiasaannya dan kebanyakannya pelajar-pelajar tahfiz yang hampir kepada juzuk 30 ini sibuk mengejar dan tidak sabar-sabar untuk mengkhatamkan hafalannya. Jadi secara tak langsung ulangan ataupun murajaahnya itu tidak diberi penumpuan yang khusus kerana sibuk memikirkan dan mengejar ‘khatam’ itu.

Matlamat sebenar untuk menghafal al-Quran bukanlah berniat sekadar hafal, khatam, kemudian tinggal.
Tujuan asal menghafal al-Quran ini adalah untuk menjaganya bukan sekadar hafal semata-mata.


Kita beralih pula pada Syahadah Tahfiz Al-Quran:

Penggunaan sijil tu kebanyakannya sama saja di mana-mana sekolah atauun maahad cuma mungkin dari segi makna terdapat perbezaan.

Syahadah, kebiasaannya diambil atas satu tujuan iaitu untuk menguatkan lagi hafalan al-Quran selepas dari peljaa itu tamat mengkhatam keseluruhan al-Quran secara hafalan.

Setiap sekolah, maahad tahfiz, pusat pengajian tahfiz berbeza cara untuk ‘mengambil syahadah’ ini.

Di bawah ini saya tuliskan beberapa cara yang berbeza untuk mendapatkan syahadah tersebut:

1-      Setiap pelajar wajib mengkhatamkan al-Quran secara hafalan kemudian ditambah dengan ulangan bermula juzuk 1 hingga 30 sebanyak 40 kali pusingan (40 kali khatam). Selepas syarat itu disempurnakan barula pelajar itu dibenarkan untuk mengambil syahadah. 

Untuk mengambil syahadah pula perlu membaca 30 juzuk al-Quran itu bermula juzuk 1 hinga 30 samada dihadapan semua pelajar dan dalam masa yang sama ada seorang guru yang menyemaknya secara TELITI dan disebelahnya ada 2 atau 4  orang pelajar tahfiz yang ditetapkan untuk membantu menyemak bacaan pelajar syahadah itu (saksi).

2-      Wajib khatamkan al-Quran 30 juzuk (sama di atas) kemudian ditambah dengan ulangan sebanyak 8 kali ulangan dan selepas itu disemak oleh guru al-Quran secara khusus (one by one) tanpa ada sebarang gangguan dari pelajar lain. Guru kelas akan mekhususkan waktu untuk menyemak hafalannya secara TELITI.
Berbeza dengan 8 ulangan tadi, pelajar tersebut masih mengulang macam biasa cuma tiada pengkhususan baginya, mungkin pelajar tersebut mengulang bersama sahabat-sahabatnya ataupun baca dengan gurunya. Selepas guru berpuas hati dengan hafalannya dan guru mengizinkan pelajar tersebut untuk mengambil syahadah dengan cara membacanya dihadapan guru lain dengan bersaksikan 4 orang pelajar sebagai membantu proses penyemakan semasa proses syahadah berjalan.

3-      Wajib khatamkan al-Quran 30 juzuk, kemudian ulangan 40 kali (sama no 1) Cuma bezanya ialah pelajar tersebut diasingkan dalam sebuah bilik khas untuknya. Di situ dia diletakkan selama 40 hari dan wajib berpuasa, disamping murajaah (mengulang) al-Quran. Pelajar tersebut tidak boleh keluar sama sekali sehinggalah selesai proses syahadah itu. Semuanya berlaku dalam bilik khas itu. Tujuan dibuat begitu adalah untuk mengelakkan pelajar tersebut diganggu dengan pelbagai urusan dunia dan digalakkan untuk menumpukan sepenuhnya pada al-Quran tanpa ada sebarang gangguan.

Segala yang disebut di atas adalah proses biasa bagi seorang pelajar untuk  mendapatkan ‘syahadah’. Cuma ada beberapa perbezaan mengikut syarat-syarat  yang ditetapkan oleh pihak maahad tahfiz.

Antaranya:

Ulangan selapas khatam al-Quran

Ada yang meletakkan syarat wajib 100 kali ulangan, ada yang meletakkan  40 kali, 8 kali dan ada yang meletakkanya hanya sekali sahaja sudah memadai untuk mendapatkan siijil syahadah ataupun mengambil syahadah.

Tajwid

Syahadah al-Quran kebiasaannya ditumpukan pada hafalan semata-mata, jadi tidak menjadi sesuatu yang pelik sekiranya sewaktu bacaan syahadah disemak seandainya ada kesalahan kecil dari segi tajwid dan fasohah ia dianggap biasa dan tidak menjadi kesalahan kerana matlamat utama syahadah adalah ‘hafalan’

Tartil

Tartil ini adalah bacaan yang jelas dan huruf-huruf yang disebutkan dan bacaannya amat perlahan. Maka tidak peliklah sekiranya ada pelajar yang mengambil syahadah bermula selepasa subuh dan tamat pada tengah malam dan kemungkinan boleh sampai subuh esoknya. Hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja.

Bilangan hari

Hari juga menjadi syarat yang penting untuk mendapatkan pangkat yang tingi. Misalnya pangkat mumtaz (cemerlang), jayyid jidan (lebih baik), jayyid (baik), maqbul (sederhana).
Makin sedikit hari, makin tinggilah pangkatnya. Ini kerana pangkat dinilai berdasarkan kemampuan seseorang pelajar itu mampu mengkhatamkan al-Quran dalam waktu yang singkat.
Sebahagian maahad tahfiz meletakkan syarat hanya 4 hari sahaja dibenarkan untuk mengambil syahadah. Tidak boleh dikurangkan atau ditambah. Penilaan dibuat berdasarkan kelancaran dan kefasihan. Sekiranya pelajar tidak dapat menyelesaikan bacaannya hingga hari ke 4 dan perlu disambung bacaannya keesokkan harinya, ia dianggap mendapat pangkat maqbul (sederhana) kerana ia dinilai tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa yang ditetapkan.

Kesalahan kalimah dan tajwid

Ini adalah perkara yang sangat-sangat ditekankan. Sebahagian maahad tahfiz mensyaratkan HANYA 3 kesalahan saja yang boleh diterima. Sekiranya bacaan pelajar tersebut melebihi 3 kesalahan maka pelajar tersebut WAJIB mengulangnya kembali samada mengikut bilangan asal murajaahnya tadi ataupun mengikut bilangan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Kesalahan; terdapat beberapa jenis:
               
                KESALAHAN BESAR        
-          Kesalahan kalimah sehingga mengubah makna
-          Kesalahan tajwid (ada yang mengangap ini kesalahan besar)
-          Mengulang-ulang ayat yang sama sehingga ditegur berkali-kali
-          Tidak dapat menyambung LANGSUNG selepas dibantu berkali-kali
-          Tajwid-benda kecil tapi dipandang ringanbg pelajar (panjang pendek, dengung)

KESALAHAN KECIL
-          Kesalahan tajwid
-          Tertukar makhraj huruf
-          Tertukar ayat/masuk ayat lain (ada setengah menganggap ini adalah kesalahan besar)

*semua yang disebutkan di atas adalah perkara yang ditekankan ketika mana proses syahadah dijalankan. Semuanya terpulang kepada pihak institusi samada meletakkannya dalam kategori kesalahan kecil atau  kesalahan besar.

Sekiranya berlaku kesalahan besar, kemungkinan pelajar tersebut dibatalkan proses syahdah dan dinasihatkan untuk mengulang serta melancarkan al-Quran da mungkin diberi peluang untuk mengambil syahda untuk kali yang ke seterusnya.

Dan seandainya berlaku kesalahan kecil, di atas budi bicara guru atau ustaz yang menyemaknya mungkin pelajar tersebut diberi peluang untuk meneruskan proses syahadahnya itu.


Perlu diingat dan diberi perhatian.

Matlamat mengambil syahadah bukan untuk INGAT pada masa itu sahaja. Sebagai hafiz  al-Quran, apabila dia mula menghafal maka bermulalah hukum wajib ke atasnya untuk menjaga al-Quran yang telah dihafalnya.

YAKIN. Ya, keyakinan sangat perlu dan amat ditekankan sekiranya anda ingin mengmbil syahadah. Walaupun anda mengulang seribu kali atau berpuluh-ribu kali sekalipun, sekiranya tiada keyakinan untuk ‘membuat atau mengambil syahadah’ saya percaya anda tidak akan mampu untuk melakukannya.

Teringat seorang teman, apabila ditebuk-disoal (istilah pelajar tahfiz), semuanya dia boleh jawab tanpa ada sebarang kesalahan walaupun satu. Tapi apabila disuruh mengambil syahadah, jawapannya ialah ‘aku tak yakin la’.

 Aku tak biasa baca depan orang ramai, aku tak biasa baca ngn ustaz lain, aku biasa baca ngn guru kelas aku je… ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada pelajar-pelajar yang ingin mengambil syahadah. Mereka bukan tidak ingat akan quran yang dihafalnya tapi keyakinan dan kemampuannya untuk membaca dikhalayak ramai mungkin membataskan dia untuk mengambil syahadah.

Tapi ingatlah, saat yang paling manis ketika anda hendak mengambil syahadah itu adalah saat proses pengulangan itu. Masakan tidak ianya berasa manis, sebelum ini hendak baca sejuzuk sehari pun susah, sanggup ponteng kelas nak lari dari kena rotan oleh ustaz kerana ‘tak dapat’ hafalan untuk dibacakan di hadapan ustaz.

Tapi disaat proses pengulangan syahadah. Sehari anda mampu membaca 7 juzuk!!! Kadang-kadang disebabkan terlalu lancar dan masyi (al-Quran-berjalan), sampai anda tidak sempat nak mengulangnya, hanya tengok-tengok dan belek-belek sahaja kemudian terus pergi baca depan ustaz.

Walaupun saya tidak merasai ‘syahadah’ itu, saya bersyukur kerana dapat melalui proses itu, mungkin tiada rezeki untuk saya. Tapi kemanisan itu masih saya rasai sampai sekarang. Dengan tidak mengambil syahadah pun saya sudah merasai kemanisannya, apatah lagi mereka yang berjaya mengambilnya??

Tapi sudah mengambil syahadah bukan bermakna anda boleh meninggalkan terus al-Quran ‘anda’ itu. Tanggungjawab untuk mengulang itu haruslah berterusan hingga kamu mati. Tidak semua orang yang mengambil syahdah boleh ingat sampai mati. Manakala tidak semua orang yang tidak mengambil syahadah bermakna dia tidak ingat al-Quran. Jadi, peliharalah hati agar tiada unsur riak bagi menjaga al-Quran yang telah di amanahkan kepada kalian.

Mungkin jalan untuk menjadi imam terawikh (bagi lelaki) setiap tahun adalah jalan lain selain dari mengambil syahadah. Kata seorang ustaz, untuk mendapat al-Quran yang mantap, paling kurang dia kena jadi imam tarawikh 30 juz selama 5 tahun berturut-turt paling kurang dan ustaz itu telah membuktikannya. Sesibuk mana pun kita, jangan abaikan al-Quran.

Pesanan terakhir untuk para huffaz, peganglah kata-kata ini, al-Quran itu bukan kita punya, dan jangan memandang remeh pada ayat yang mudah bagi kalian. Contohnya pada ayat kursi, juz 30, surah yaasin dan sebagainya. Kadang-kadang ayat yang kita bajet senang tu la ia akan menjadi susah dan hilang khusunya time kita jadi imam, dalam exam ataupun dalm pertandingan musabaqah. Selepas itu akan terkeluar kata-kata: aku dah ulang dah ayat ni tapi pesal lupa plak??? 
Inilah buktinya al-Quran itu bukan kita punya, Allah akan hilangkannya bila Dia nak, segala benda yang dihafal confirm akan lupa, kecuali benda yang tidak dihafal. Kita ingat dengan cara benyak mendengar contohnya surah al-Fatihah. Ada setengah individu dia tidak pernah lupa al-Fatihah. Sebab dia tidak hafal. Seandainya dia hafal bermula dari ayat satu dan seterusnya mesti ada satu hari dia akan terlupa.

ini sahaja yang saya dapat kongsikan hasil dari pengalaman yang tidak seberapa ini, moga ada hikmahnya.

Sekadar perkongsian untuk sahabat huffaz, bakal huffaz dan terdetik menjadi huffaz…






 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger