Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Rabu, 20 Mei 2015

7 TIPS PERSEDIAN IMAM TARAWIH

PERSEDIAAN SEBELUM BERAKSI SEBAGAI IMAM TARAWIH

1. Menjaga suara dengan baik (jaga makan)

Penjagaan makan dan minuman amat penting bagi seorang imam. Kerana makanan akan mempengaruhi suara ketika kita bertugas.

2. Melatih suara dan lagu dengan mendengar bacaan dari Syekh-syekh terkemuka.

Tahun lepas kita melantunkan al-Quran dengan lagu syekh sekian. Rakaat seterusnya pun kita masih menggunakan alunan lagu yang sama. Makmum akan boring.

Sebagai seorang imam seharusnya kita pelbagaikan lagu, tone, nada, key suara, tinggi rendah dan seni dalam pembacaan al-Quran.

Behati-hati dengan niat melagukan al-Quran. Kita melagukan al-Quran adalah tujuan untuk menjadikan makmum kita lebih khusyuk ketika solat bersama kita bukan tenggelam dalam alunan lagu sehingga tertidur dan lalai seolah-olah mendengar lagu nyanyian.

Pelbagaikan lagu, pastikan ianya diupgrade berbanding lagu tahun lepas.

3. Perkemas hafazan dan tajwid (pergi talaqi)

Sebelum beraksi dan bertugas sebagai seorang imam WAJIB bagi seorang imam bertalaqi, memperkemas dan memperbetulkan bacaannya.

Ya, memang bacaan kita dah betul tapi saya yakin bila kita bertalaqi PASTI ada kalimah atau tajwid yang MASIH lagi kita salah ketika menyebutnya.

Jadi bertalaqi dengan guru dan syekh Quran adalah jalan terbaik.

4. Kerapkan membaca al-Quran dalam keadaan suara yang kuat dan nada yang tinggi

Ketika solat tarawih lazimnya imam mudah 'tersasar' dan menggunakan tone tinggi. Pada awalnya memang kita menggunakan tone rendah tapi dalam solat tiba-tiba kita terguna nada yang tinggi sehingga menyebabkan susah nak turun.

Di sini kita perlukan TENAGA yang lebih. Nada tinggi pastinya memerlukan nafas yang panjang, suara yang tegas, 'gagah' (dialek Kelantan).

Berlainan bagi mereka yang memang nafasnya panjang dan suaranya memang besar dan gagah.

Bagi mereka yang suaranya slow, kecil dan rendah WAJIB berlatih baca dalam keadaan kuat. Bila sudah terbiasa dengan latihan, insyaAllah tiada masalah lagi jika kita 'tersasar' ke tone yang tinggi.

5. Tambah pengetahuan (agama, isu semasa, dunia dll).

Imam adalah ketua. Ya, ketua pastinya berilmu. Lebih-lebih lagi masyarakat sudah mengenali imam sebagai orang yang faqih dalam agama. Wajib bagi seorang imam itu mendalami selok-belok urusan agama dan punyai thaqafah yang mantap.

Masyarakat menganggap imam sebagai tempat rujukan dan tempat luahan masalah. Jadi, sesi 'borak-borak santai' pasti akan ada bersama imam dan jemaah masjid.

Isu yang dibangkitkan pastinya hukum-hakam agama dan kaitannya dengan isu semasa dunia hari ini. Sebagai seorang WAJIB kita kuasai semua perkara samada ekonomi, rumahtangga, pertukangan, kejuruteraan dan lain-lain ilmu agar kita 'mudah masuk' dengan makmum dan dakwah mudah disampaikan padanya.

6. Kuasai pelbagai softskill (seni bermasyarakat, tutur kata, hubungan silaturrahim)

Softskill dan seni bermasyarakat amat penting bagi seorang imam. Imam WAJIB turun bersama masyarakat! Bukan sekadar imam solat.

Makmum kita ada pelbagai lapisan umur dan ragam. Tua, muda, dewasa, kanak-kanak, warga emas dan lain-lain. Bahasa muamalah kita dengan setiap dari mereka pastinya berbeza.

Bina hubungan yang baik dengan masyarakat setempat terlebih dahulu. Bila hubungan sudah baik hati sudah diikat dengan silaturrahim pastinya dakwah mudah disampaikan.

Imam juga tidak boleh culas dalam aktiviti kemasyarakatan. Bila ada saja kerja gotong-royong imam wajib sertai dan turut bersama dalam aktiviti mereka.

Tak mengapa tak pandai. Boleh belajar. Tapi JANGAN buat-buat pandai. Takut nanti tersilap dan anda akan dipandang rendah.

7. Jaga kesihatan

Imam WAJIB jaga kesihatan. Sekiranya anda sakit segera cari pengganti. Jangan cari pengganti yang bacaannya LEBIH teruk dari anda.

Jikalau ada jemputan kenduri, hati-hati ketika menjamahnya. Kita tidak tahu apa yang diletakkan di dalam makanan kita. 

Sahabat saya pernah cuma 'disihir' oleh jemaahnya kerana ada yang 'berkenan' dengannya.

Kesihatan di sini adalah rohanj dan jasmani.

* * *

Persediaan-persedian di atas perlu dititik-beratkan oleh para imam yang bakal bertugas dibulan Ramadan.

Mungkin diantara kita yang bakal dihantar untuk bertugas di mana-mana masjid.

Oleh yang demikian penguasaan loghat, harus kita tahu mengenai keadaan masyarakat setempat dan kaji sedikit sebanyak tentang kawasan tersebut samada penduduk atau perkara yang berkaitan.

Ya, kita memang ditugaskan 'jadi imam' tapi imam juga merupakan seorang pemimpin. Jadi secara tak langsung kita perlu bersedia dengan ilmu-ilmu lain agar kita lebih bersedia dan terkehadapan dari makmum dan masyarakat setempat.

Selamat bertugas buat para imam dan bilal.

Terima kasih.

Muhd Bazli Zakaria
Hayyu Sabik, Kaherah
17 Jun 2015 | 29 Sya'ban 1436

0 comments:

 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger