Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Khamis, 7 Mei 2015

CINTA ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB

Sekian lama tidak membawa puteri kami ke pasaraya. Paling akhir seingat saya ialah tahun lepas. Ketika itu anakanda puteri masih belum berjalan sempurna.

Dua hari lepas kami sekeluarga singgah ke pasaraya untuk membeli sesuatu. Lebih kurang 1 minit masuk ke dalam pasaraya puteri kami bersuara:

"Banyaknya makanaan... banyaknya makanan, mama.."

Saya dan isteri tergelak besar mendengar kata-kata anakanda.

Ketika ingin membuat bayaran, sekali lagi tuan puteri menunjukkan kedewasaannya iaitu meminta sesuatu (coklat) yang berdekatan dengan kaunter pembayaran.

Reaksi beliau sangat aktif dan membuatkan diri ini teringat sewaktu kecil dulu meronta-ronta inginkan 'Alat Mewarna' bersaiz besar.

Kini tuan puteri semakin besar dan boleh dibuat kawan. Boleh menjaga adiknya jika saya ke masjid dan mamanya di dapur. Apa sahaja tindakan kami di rumah pasti akan dipersoal dan ditanya.

Bila berjalan jauh dia akan mengeluh:

"Mama.. nanti dulu.. kakak penaaat.."

* * *

Buat ayahanda bonda sekalian, ilmu mendidik anak bukan sekadar membaca beberapa buah buku sahaja.

Ianya harus diteruskan dengan mempelajarinya melalui pelbagai cara. Kadang-kadang ilmu yang kita ada hari ni mungkin tidak mampu menjawab soalan si anak kecil tersebut.

Dalamilah ilmu rumah tangga sebaik mungkin. Berumah tangga bukan sekadar seronok bercinta dengan pasangan sahaja. Bahkan seluruhnya. Buktikan CINTA kita kepada Allah dan Rasul dengan menjaga amanah (anak) dengan baik.

Kalau sewaktu alam mahasiswa kita kerap menolak jika dilantik ajk sekian-sekian unit, maka ketahuilah bila di alam rumah tangga kita semualah yang akan lakukan sebagaimana exco-exco dan ajk-ajk lakukan dulu. Bermula dari memimpin, merancang, menyusun, perkemas tarbiyyah, pendidikan anak-anak, gotong-royong besama family, kemahiran bertukang, riadah, cara menasihat (pengucapan awam) dan lain-lain.

Semua yang kita alami di alam mahasiswa bakal kita hadapi di alam rumah tangga kelak.

Ya, bersedialah dari sekarang!

Bukan bila anak sudah berderet, pasangan sudah lali dengan kehidupan yang lagha baru ingin berubah.

Kepada mereka yang sudah tersilap langkah dalam mendidik, kembalilah kepada jalan yang sebenar menurut acuan Islam.

Islam adalah jalan yang terbaik untuk kita contohi tidak kira dalam apa jua perkara.

Bila nak kahwin bukan menjadi permasalahannya, yang penting persediaan menghadapi alam perkahwinan itu WAJIB bermula dari sekarang.


Muhd Bazli Zakaria
Hayyu Sabi', Cairo

0 comments:

 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger