Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Rabu, 13 April 2011

Petua Mendapat Ilmu Yang Banyak dan Berkat

Petua Mendapat Ilmu Yang Berkat
  
  • Perkara paling asas yang perlu kita miliki sebelum, semasa dan selepas menuntut ilmu ialah niat yang ikhlas. Niat tersebut mestilah:
  1.  Ilmu dituntut kerana Allah S.W.T. bukan keran dunia semata-mata
  2.  Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil
  3. Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat
  • Jauhi maksiat yang menggelapkan hati                                                                          
  • Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba dan dipelajari samada di rumah, pejabat, masjid, seminar, dan sebagainya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:`` (Hikmah) ilmu itu umapama barang orang mukmin yang hilang, di mana sahaja kamu menjumpainya , ambillah ia.”  
  •  Ibnu Abbas ditanya: ``bagaimana kamu memperolehi ilmu yang banyak?” Maka beliau menjawab: ``Dengan banyak bertanya.” Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat. (bukan untuk mencari kemenangan tapi untuk mencari jawapan kepada setiap permasalahan)                                                                                                                                             
  •  Sekiranya seseorang terpakasa bekerja  semasa menuntut ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulangkaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseoarang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.                      
  •  Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan menyakini bahawa segala ilmu adalah anugerah Allah.                    
  • Sentiasa memohon hidayah dari Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk mudah menerima ilmu yang baru dan memahaminya.  
  • Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.    
  • Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
  • Tentukan masa mengulangkaji.Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.                     
  •  Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaaan bosan dan malas.


    sumber dari MAJALAH SOLUSI ISU #30
     

    KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger