Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Sabtu, 16 Julai 2011

PETUA MENJAGA SUARA

InsyaAllah, tidak lama lagi Ramadhan akan menjelma, seperti kebiasaannya Ramadhan akan dihiasi dan dipenuhi dengan amalan bagi memperolehi ganjaran yang besar dariNya.

Bagi yang ditugaskan untuk menjadi imam khususnya sahabat-sahabatku yang Hafiz dan Hafizah, kalian mesti dan wajib untuk mejaga suara sekiranya kalian ingin menjadi imam yang berkualiti dari segi suaranya. Betul, matlamat utama menjadi imam bukan terletak pada penilaian suara yang sedap dan merdu, tetapi pada bacaan yang berkualiti dan betul dari segi tajwid dan makhrajnya serta memahami isi kandungannya. Semua itu wajib diketahui oleh setiap umat Islam yanjg beriman dengan kitabNya.

Saya ingin mengfokuskan beberapa petua yang mesti dijaga dan diamalkan oleh bakal imam yang akan bertugas di bulan Ramadhan ini. Kalian yang tidak menjadi imam pun boleh juga untuk mengamalkan petua ini. Sebenarnya untuk menjaga suara perlu bermula awal sebulan dari majlis, tugasan ataupun apa-apa perkara yang memerlukan anda menggunakan suara, melainkan kalau anda sudah mempunyai suara baik yang sememangnya sedap dari awal kelahiran.

Mungkin berbeza cara penjagaan suara bagi lelaki dan perempuan berdasarkan individu masing-masing, kerana perempuan mempunyai kotak suara yang kecil berbanding lelaki yang mempunyai kotak suara yang besar. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing yang telah Allah kurniakan.

Perkongsian ini berdasarkan beberapa pengalaman ketika menuntut di beberapa pengajian dan kursus, tidak lupa juga nasihat dari guru-guru Al-Quran yang banyak berjasa.

Kalian MESTI mengamalkan petua-petua di bawah samaada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada kemampuan masing-masing, sekiranya kalian serius, tinggalkan perkara yang dilarang itu adalah lebih baik.

1) Merokok

2) Makanan berminyak.

3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah

4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan seumpamanya

5) Segala yang berkaitan dengan coklat

6) Air yang berklorin

7) Makanan yang pedas

Pengalaman penulis, boleh makan makanan yang pedas tapi untuk kesan yang  sementara misalnya makan sambal, 5 minit selepas makan terus gunakan suara, dalam tempoh 10 ke 15 minit, tapi selepas itu suara akan kembali rosak disebabkan kepanasan sambal itu tadi. Mungkin setengah orang tidak boleh langsung, bagi yang nak mencuba, silakan.

8) Makan ais, minum ais yang di blend, air sejuk dalam freezer, air yang diletakkan air batu, air yang dibiarkan sejuk dalam air cond

(setiap air yang disebutkan ini ada kesannya mengikut kemampuan suara masing-masing, terpulang kepada anda mana yang anda boleh minum) boleh cuba!!

Teringat kata-kata Bekas Imam Masjid Negara ketika menghadiri kursus dengannya. Beliau tidak minum ais hampir 20 tahun??!!! Katanya sekiranya dia minum ais, kerjanya sebagai imam akan terganggu, kerana sebagai imam, kerjanya hanya tertumpu kepada penggunaan suara khusunya pada malam jumaat, dengan bacaan yassin, tahlil, doa selamat, esoknya pula sujud sejadah dan al-Insan, khutbah jumaat, fuuh… penggunaan suara yang maksimum!!

9) Bagi yang sudah berkahwin, teringat pesanan guru, pengurangan melakukan persetubuhan juga adalah salah satu cara untuk menjaga suara dan memanjangkan pernafasan, (terpulang kepada budi bicara pasangan masing-masing).



■ PETUA MENJAGA 

1) Minum air suam  atau air mineral selepas dari bangun tidur, jangan terlalu panas!!

2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina.

3) Selepas subuh cuba keluarkan suara sedikit demi sedikit bermula dengan suara bass ataupun Qarar (bhs tarannum) bermula dari nada yang paling bawah hingga ke nada yang paling tinggi

4) Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk (seperti yang nabi ajar)

5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran

6) Kedudukan ketika melontarkan suara juga amat penting, samada duduk bersila atau pun berdiri

7. Mengamalkan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya

8. Elak meminum minuman berais dan bergas

9. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh,  boleh meminum teh pudina sebagai ganti.

10. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi

11. Mengamalkan minum air asam jawa (jangan beli di kedai)


Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa petua untuk sebagaimana yang pernah saya dengar:


● Petua 1

1. Sediakan dua biji limau nipis.
2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.
3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.
4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.
6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.


● Petua 2

Rendam kerak nasi dalam air, embunkannya selama satu malam, esok pagi bangun terus minum.

Kalian boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas ni dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.

Ingat!! Suara yang baik dan sebenar adalah suara yang keluar dari mulut bukan suara yang keluar dari hidung yang bersifat sengau dan  menghidung. Sekiranya kita ingin menjadi imam dan ingin membaca al-Quran dengan baik dan betul dari segi makhrajnya suara yang dilontarkan hendaklah betul keluar dari rongga mulut melainkan huruf-huruf tertentu sahaja yang makhrajnya berkait dengan hidung.

Lontaran suara ketika anda ingin menyanyi tidak terikat untuk menggunakan suara hidung ataupun mulut kerana itu bukan syaratnya. Tetapi sekiranya ingin membaca al-Quran, ada sebahagian guru menyatakan WAJIB menggunakan suara yang keluar dari mulut kerana makhraj asal semua huruf adalah lahir dari mulut bukan dari hidung.

Sekiranya anda telah mengamalkan petua-petua di atas, dan ianya tidak berkesan ke atas anda, ingatlah tidak semua orang mempunyai kelebihan suara yang merdu. ini cuma ikhtiar kita. untuk mendapatkan suara yang elok, mantap, kemas dan paduan suara yang 'boom!' anda perlu ingat semua itu adalah lahir dari belajar dan latihan yang berterusan tiada ilmu yang di dapati secara total melainkan dengan latihan yang berterusan.

Siapa yang tidak mengenali bekas vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Seperti yang semua tahu beliau mempunyai vokal dan suara yang merdu, dan diakui oleh semua artis tanah air. Sebagaimana yang saya pernah dari kalangan rakan-rakan sepengajian, beliau juga tidak pernah untuk tidak hadir ke kelas vokalis bagi melatih suaranya. apabila mengamati cara beliau melontarkan suaranya melalui bait-bait nasyid yang dialunkan, beliau menggunakan dua cara, lontaran menggunakan suara mulut dan melalui suara hidung kerana syarat bernasyid tidak terikat dengan apa-apa cara lontaran suara. tapi apabila beliau mengalunkan ayat-ayat al-Quran secara totalnya beliau menggunakan suara mulut keseluruhannya.


P/S- Peringatan buat sahabat-sahabatku yang bakal mengimami solat khususnya di bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti. Satu sahaja pesananku untuk kalian, gunakan kelebihan nikmat suara yang telah Allah kurniakan kepadamu sebagai satu jalan untuk mengkhusyu’kan makmum agar mereka menghayati dan bertambah rasa akan keagungan ayat-ayat suci Al-Quran selepasa mendegar suara mu itu. IKHLASKAN NIAT, IKHLASKAN NIAT, IKHLASKAN NIAT. Jangan sesekali berasa riak dengan pujian manusia, segeralah beristighfar sekiranya kalian dipuji dan diangkat.

Jangan lupa untuk solat hajat sebelum dari anda mulakan tugasan kalian untuk mengimami makmum di dalam solat tarawikh khususnya, Mohonlah dari Allah agar hafalan kalian tidak terganggu dari kecelaruan walaupun sedikit.

Disebalik nikmat, ada ujian yang menunggu mu, syaitan tidak akan merasa puas selagi kalian tidak masuk ke neraka bersamanya.Oleh yang demikian peliharalah hatimu dan niatmu agar ianya tidak tersasar jauh dari tujuan asal.


Selamat bertugas buat semua bakal-bakal imam!!!

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!!!

khusus buat sahabat-sahabiahku yang berkesempatan untuk bertugas di bulan Ramadhan yang mulia ini... 






 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger