Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Isnin, 22 Ogos 2011

Tahun ini... Lailatul Qadar milik mu... percayalah...

saat Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, saat itu juga pasaraya akan membuka tirainya...

masjid akan kurang orangnya, pasaraya akan sesak dgn 'jemaah' nya...

carpet dihampar hingga ke pagar awal ketibaannya, kini ia dilipat dan digulung saat tiba akhirnya...

hanya lakonan di status sahaja, mengatakan hiba meninggalkannya,

kerana hati dan jiwa rindukan raya, dan gembira meninggalkan puasa,

imam dan bilal bakal kehilangan 'teman' solatnya, taktala Ramadhan tiba ke hujungnya...

hati terdetik dan terjentik, masih adakah Ramadhan untukku buat kali yang seterusnya...

bangun dan sedarlah, Ramadhan ini yang terakhir untuk mu...

tahun ini, Lailatul Qadar milik mu... percayalah...


 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger