Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Sabtu, 16 Julai 2011

PETUA MENJAGA SUARA

InsyaAllah, tidak lama lagi Ramadhan akan menjelma, seperti kebiasaannya Ramadhan akan dihiasi dan dipenuhi dengan amalan bagi memperolehi ganjaran yang besar dariNya.

Bagi yang ditugaskan untuk menjadi imam khususnya sahabat-sahabatku yang Hafiz dan Hafizah, kalian mesti dan wajib untuk mejaga suara sekiranya kalian ingin menjadi imam yang berkualiti dari segi suaranya. Betul, matlamat utama menjadi imam bukan terletak pada penilaian suara yang sedap dan merdu, tetapi pada bacaan yang berkualiti dan betul dari segi tajwid dan makhrajnya serta memahami isi kandungannya. Semua itu wajib diketahui oleh setiap umat Islam yanjg beriman dengan kitabNya.

Saya ingin mengfokuskan beberapa petua yang mesti dijaga dan diamalkan oleh bakal imam yang akan bertugas di bulan Ramadhan ini. Kalian yang tidak menjadi imam pun boleh juga untuk mengamalkan petua ini. Sebenarnya untuk menjaga suara perlu bermula awal sebulan dari majlis, tugasan ataupun apa-apa perkara yang memerlukan anda menggunakan suara, melainkan kalau anda sudah mempunyai suara baik yang sememangnya sedap dari awal kelahiran.

Mungkin berbeza cara penjagaan suara bagi lelaki dan perempuan berdasarkan individu masing-masing, kerana perempuan mempunyai kotak suara yang kecil berbanding lelaki yang mempunyai kotak suara yang besar. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing yang telah Allah kurniakan.

Perkongsian ini berdasarkan beberapa pengalaman ketika menuntut di beberapa pengajian dan kursus, tidak lupa juga nasihat dari guru-guru Al-Quran yang banyak berjasa.

Kalian MESTI mengamalkan petua-petua di bawah samaada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada kemampuan masing-masing, sekiranya kalian serius, tinggalkan perkara yang dilarang itu adalah lebih baik.

1) Merokok

2) Makanan berminyak.

3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah

4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan seumpamanya

5) Segala yang berkaitan dengan coklat

6) Air yang berklorin

7) Makanan yang pedas

Pengalaman penulis, boleh makan makanan yang pedas tapi untuk kesan yang  sementara misalnya makan sambal, 5 minit selepas makan terus gunakan suara, dalam tempoh 10 ke 15 minit, tapi selepas itu suara akan kembali rosak disebabkan kepanasan sambal itu tadi. Mungkin setengah orang tidak boleh langsung, bagi yang nak mencuba, silakan.

8) Makan ais, minum ais yang di blend, air sejuk dalam freezer, air yang diletakkan air batu, air yang dibiarkan sejuk dalam air cond

(setiap air yang disebutkan ini ada kesannya mengikut kemampuan suara masing-masing, terpulang kepada anda mana yang anda boleh minum) boleh cuba!!

Teringat kata-kata Bekas Imam Masjid Negara ketika menghadiri kursus dengannya. Beliau tidak minum ais hampir 20 tahun??!!! Katanya sekiranya dia minum ais, kerjanya sebagai imam akan terganggu, kerana sebagai imam, kerjanya hanya tertumpu kepada penggunaan suara khusunya pada malam jumaat, dengan bacaan yassin, tahlil, doa selamat, esoknya pula sujud sejadah dan al-Insan, khutbah jumaat, fuuh… penggunaan suara yang maksimum!!

9) Bagi yang sudah berkahwin, teringat pesanan guru, pengurangan melakukan persetubuhan juga adalah salah satu cara untuk menjaga suara dan memanjangkan pernafasan, (terpulang kepada budi bicara pasangan masing-masing).



■ PETUA MENJAGA 

1) Minum air suam  atau air mineral selepas dari bangun tidur, jangan terlalu panas!!

2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina.

3) Selepas subuh cuba keluarkan suara sedikit demi sedikit bermula dengan suara bass ataupun Qarar (bhs tarannum) bermula dari nada yang paling bawah hingga ke nada yang paling tinggi

4) Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk (seperti yang nabi ajar)

5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran

6) Kedudukan ketika melontarkan suara juga amat penting, samada duduk bersila atau pun berdiri

7. Mengamalkan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya

8. Elak meminum minuman berais dan bergas

9. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh,  boleh meminum teh pudina sebagai ganti.

10. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi

11. Mengamalkan minum air asam jawa (jangan beli di kedai)


Baiklah, di sini saya kongsikan beberapa petua untuk sebagaimana yang pernah saya dengar:


● Petua 1

1. Sediakan dua biji limau nipis.
2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.
3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.
4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.
6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.


● Petua 2

Rendam kerak nasi dalam air, embunkannya selama satu malam, esok pagi bangun terus minum.

Kalian boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas ni dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.

Ingat!! Suara yang baik dan sebenar adalah suara yang keluar dari mulut bukan suara yang keluar dari hidung yang bersifat sengau dan  menghidung. Sekiranya kita ingin menjadi imam dan ingin membaca al-Quran dengan baik dan betul dari segi makhrajnya suara yang dilontarkan hendaklah betul keluar dari rongga mulut melainkan huruf-huruf tertentu sahaja yang makhrajnya berkait dengan hidung.

Lontaran suara ketika anda ingin menyanyi tidak terikat untuk menggunakan suara hidung ataupun mulut kerana itu bukan syaratnya. Tetapi sekiranya ingin membaca al-Quran, ada sebahagian guru menyatakan WAJIB menggunakan suara yang keluar dari mulut kerana makhraj asal semua huruf adalah lahir dari mulut bukan dari hidung.

Sekiranya anda telah mengamalkan petua-petua di atas, dan ianya tidak berkesan ke atas anda, ingatlah tidak semua orang mempunyai kelebihan suara yang merdu. ini cuma ikhtiar kita. untuk mendapatkan suara yang elok, mantap, kemas dan paduan suara yang 'boom!' anda perlu ingat semua itu adalah lahir dari belajar dan latihan yang berterusan tiada ilmu yang di dapati secara total melainkan dengan latihan yang berterusan.

Siapa yang tidak mengenali bekas vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Seperti yang semua tahu beliau mempunyai vokal dan suara yang merdu, dan diakui oleh semua artis tanah air. Sebagaimana yang saya pernah dari kalangan rakan-rakan sepengajian, beliau juga tidak pernah untuk tidak hadir ke kelas vokalis bagi melatih suaranya. apabila mengamati cara beliau melontarkan suaranya melalui bait-bait nasyid yang dialunkan, beliau menggunakan dua cara, lontaran menggunakan suara mulut dan melalui suara hidung kerana syarat bernasyid tidak terikat dengan apa-apa cara lontaran suara. tapi apabila beliau mengalunkan ayat-ayat al-Quran secara totalnya beliau menggunakan suara mulut keseluruhannya.


P/S- Peringatan buat sahabat-sahabatku yang bakal mengimami solat khususnya di bulan Ramadhan yang bakal menjelma nanti. Satu sahaja pesananku untuk kalian, gunakan kelebihan nikmat suara yang telah Allah kurniakan kepadamu sebagai satu jalan untuk mengkhusyu’kan makmum agar mereka menghayati dan bertambah rasa akan keagungan ayat-ayat suci Al-Quran selepasa mendegar suara mu itu. IKHLASKAN NIAT, IKHLASKAN NIAT, IKHLASKAN NIAT. Jangan sesekali berasa riak dengan pujian manusia, segeralah beristighfar sekiranya kalian dipuji dan diangkat.

Jangan lupa untuk solat hajat sebelum dari anda mulakan tugasan kalian untuk mengimami makmum di dalam solat tarawikh khususnya, Mohonlah dari Allah agar hafalan kalian tidak terganggu dari kecelaruan walaupun sedikit.

Disebalik nikmat, ada ujian yang menunggu mu, syaitan tidak akan merasa puas selagi kalian tidak masuk ke neraka bersamanya.Oleh yang demikian peliharalah hatimu dan niatmu agar ianya tidak tersasar jauh dari tujuan asal.


Selamat bertugas buat semua bakal-bakal imam!!!

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!!!

khusus buat sahabat-sahabiahku yang berkesempatan untuk bertugas di bulan Ramadhan yang mulia ini... 






Jumaat, 17 Jun 2011

Tiada keluhan dalam ber’amal


“Bang long, tolong mak angkat kain kat luar tu…’’,  “kakak, kain atas kerusi tu jangan lupa lipatkan tau… “man, cawan kat ruang tamu tu nanti angkat letak kat dapur ea…’’

Di atas adalah sebahagian contoh dialog dan situasi yang mungkin pernah berlaku ke atas kita. Bermula seawal 5 hingga 6 tahun mungkin kita semua pernah disuruh melakukan pelbagai kerja samada sapu rumah, basuh pinggan, lap meja dan pelbagai lagi kerja sehinggalah kita meningkat dewasa kita semua pasti akan diminta sedikit bantuan bagi menyelesaikan beberapa tugasan dari si peminta. Tidak kira samada permintaan itu datang dari ibu dan ayah, sahabat serumah, jiran tetangga, guru-guru mahupun orang ramai yang berada disekeliling kita.

Persoalannya, adakah segala permintaan dan bantuan yang diminta itu kita menerima serta melakukannya  dengan penuh amanah, rasa tanggungjawab dan betul-betul ikhlas???

Kita boleh berikan sedikit kelonggaran kepada anak-anak yang berumur dalam lingkungan 15 tahun ke bawah, kerana mungkin bagi saya sabahagian dari mereka masih belum mengenal maksud ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan sempurna.Kita tumpukan kepada golongan yang berumur 16 tahun ke atas khususnya golongan remaja, dewasa dan mungkin sedikit yang berumur.

Saya ingin berkongsi dengan beberapa contoh yang mungkin pernah berlaku pada diri kalian.
Sebuah rumah sewayang telah didiami oleh lima orang mahasisiwa universiti telah didatangibeberapa orang tetamu yang mana tetamu tersebut merupakan sahabat kepada salah seorang penghuni rumah sewa tersebut. Seperti kebiasaan, tetamu tersebut dijamu dengan sedikit hidangan tanda ikram dan hormat dari tuan rumah kepada tetamunya. Maka berlalulah beberapa minit dan akhirnya tetamu itu meminta izin untuk pulang.

Selepas pulangnya tetamu tersebut, maka bermulalah kisahnya…

Semua ahli rumah terus masuk ke dalam bilik dan meneruskan urusan masing-masing.Tiba-tiba bunyi satu suara berbentuk arahan yang mungkin sedikit tinggi nadanya.

“Gelas, jag air, pinggan kat ruang tamu tu sape nk angkat!!???”, pinta seorang teman.

“sape punya kawan yang datang tadi, dia la angkat”, jawab rakan dari bilik sebelah.

“aku dah buat air dengangoreng keropok tadi, korang la pulak yang basuh,”pinta kawan yang merupakan sahabat kepada tetamu yang hadir tadi.

Dalam situasi ini, apakah yang bermain dalam fikiran kalian?Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan bagi menyelesaikan masalah ini?Saya ingin mangajak anda untuk bersama saya bagi merasai dan mengalami sendiri kisah ini.




Dalam masalah tadi mungkin anda adalah salah seorang ahli rumah tersebut yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk berkorban bagi mencuci dan mengemas perkakas tadi yang rasanya ramai juga tetamu yang hadir tadi, maka banyak jugalah perkakas yang harus di basuh.

Rasa-rasa, apakah yang bermain di dalan hati dan fikiran anda?Adakah anda mengeluh, mengutuk, mencemuh dan menzahirkan rasa tidak puas hati kepada sahabat-sahabat anda?

Sekiranya TIDAK adalah jawapan anda, Alhamdulillah anda masih dikurniakan hati yang betul-betul suci.

Sekiranya jawapannya YA, YA SAYA AKAN RASA SEDIKIT TIDAK PUAS HATI…!!!

Adakah segala pekerjaan yang dilakukan itu di nilai pahala di sisi Allah?

Sedang asyik menulis sesuatu, tiba-tiba terdengar pekikan menandakan air yang dijerang sebentar tadi sudah pun mendidih.Hampir setengah minit pekikan berbunyi, tapi masih tiada seorang pun yang ingin menutupnya. Setahu saya ramai lagi sahabat yang ada dalam rumah ni???

Point killer nya, siapa yang masak air dialah yang kena tutup, kalau malas nak tutup jangan masak air.Adakah amalan ini boleh di aplisikasikan dalam kehidupan khususnya seorang mahsiswa?

Ya, betul… siapa yang buat salah dialah yang bertanggungjawab.

Tapi, dalam hal ini tiada alasan dan tidak salah jika kita membantu.Apa salahnya jika kita meluangkan sedikit masa beberapa saat sahaja untuk berkorban demi rakan. Sedangkan air yang dimasak nanti pun confirm dia akan minum juga. Betul tak?

Ini adalah sedikit contoh dan keluhan dari salah seorang teman saya dan contoh lain hanya berkisarkan sekitar antara manusia dengan manusia.

Bukanbertujuan  ingin membuka keburukan dan kekurangan dari sahabat, cuma ianya sebagai motivasi kepada diri kita dan saya sendiri agar terus melakukan sesuatu yang dinilai pahala oleh Allah walaupun hanya menyapu rumah, membersihkan dapur, membuka pintu untuk sahabat, menutup pintu taktala azan maghrib berkumandang, membasuh cawan dan pinggan (walaupun bukan kita yang makan ), mengutip habuk di masjid, melipat sejadah selepas solat dan sebagainya. Saya hanya datangkan contoh yang paling mudah dan mungkin pernah berlaku kepada kita semua.

Dulu semasa umur kita diawal belasan tahun ataupun mungkin semuda dari 7 tahun, abang atau kakak sering disuruh oleh ibunya melakukan sesuatu pekerjaan seperti mengangkat dan melipat kain, pergi ke kedai untuk membeli gula dan perlbagai lagi urusan yang disuruh oleh ibu dan ayah kita sering kali juga terkeluar sedikit keluhan. Asyik abang je yang kene pergi kedai,kakak je yang kena lipat kain, adik lapulak… dan sebagainya… kita tidak menyedari kerja yang disuruh oleh kedua ibu bapa kita itu adalah satu amalan yang akan membuahkan pahala taat kita kepada mereka.

Contoh kedua

Dalam konteks ibadat pula, kita masih tidak terlepas dari keluhan.Tapi kadang-kadang keluhan kita juga boleh membawa kepada dosa.Bagaimana? Saya hanya mendatangkan contoh, andalah yang menentukannya.
Disaat solat sunat qabliyyah dilakukan, kebanyakan dari kita hanya membaca surah sekitar 2-3 ayat sahaja. Alaa… solat sunat je,watpe nak baca panjang-panjang.Ini tidak termasuk solat yang dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa seolah-olah dikejar sesuatu.Maka terjadilah kecurian di dalam solat habis dilanggar yang wajib dan sunatnya maka hilanglah pahala khusyuk yang diharapkan.

Dalam ibadat sering kali kita merungut dan mengeluh, apabila imam baca terlalu lambat, terlalu panjang, lamanya masa nak buka puasa, malasnya nak solat sunat, malasnya nak bangun tahajjud, malasnya nak baca al-Quran dengan bertajwid (asyik kena marah je) susahnya nak jaga batasan pergaulan laki dan perempuan, lambatnya dia ni wat kerja (sedangkan sabar lagi bagus) dan banyak lagi keluhan kita.

Wahai orang-orang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. –al-Baqarah: 153

“Dan tidakkah mereka ketahui bahawa Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka pamerkan?”. – al-Baqarah: 77

Allah mendengar segala percakapan kita sama ada yang tersembunyi ataupun tidak. Alangkah baiknya jika keluhan kita itu diluahkan taktala kita keseorangan menghadap Allah di malam hari.Mungkin kita boleh terus mengadu kepadaNya terhadap kesulitan yang kita hadapi selama ini.Allah Maha Mendengar dan dia bersifat dangan Pendengar kepada hamba-hambanya yang sering kali mengadu kepadanya.Tapi mengapa kita mengeluh seorang diri? Mengapa kita rasakan seolah-olah tiada seorang pun yang akan membantu bila kita di dalam kesusahan? Tiada istilah putus asa bagi seorang mukmin, kerana Islam mengajar kita kuat dan tabah bukan lesu dan lemah.

Kalau kita renungkan kembali, semua perkara yang kita keluhkan bersifat pahala. Maknanya seandainya kita tidak melakukan perkara itu kita akan kerugian satu ganjaran yang besar. Alangkah ruginya jika kita mengeluh di saat kerja dilakukan. Seandainya kita sedang masak dalam keadaan mengeluh, mungkin lauk yang dimasak akan menjadi tidak sedap dan kurang serinya. Sekiranya kita sedang membasuh pinggan dalam keluhan, pinggan itu tidak sesuci yang diinginkan begitu juga sekiranya kita mengeluh disaat solat dan amal ibadah lain dilakukan saya yakin dan percaya solat kita tidak menjadi solat yang sempurna seperti sebelumnya.

“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketidakjujuran) pandangan mata seseorang, serta mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati”. – al-Ghafir: 19

Ayuh teman dan sahabat, pujuklah hati dan tenangkanlah jiwa, usahlah mengeluh disaat tibanya  beban yang kita rasakan bukan kita penerimanya. Terimalah sesuatu bebanan, ujian, tanggungjawab dan segala urusan dengan penerimaan yang ikhlas dan taat dalam melakukannya.Terimalah dengan hati yang terbuka dengan sifat amanah yang telah lama dididik. Seandainya kesusahan dan kesulitannya dirasai, ukirlah sebuah senyuman dan dalam masa yang sama selarikan lidah dan hati mu untuk terus beristighfar agar amalan yang dilakukan ketika itu dinilai sebagai amalan ikhlas nescaya ganjaran pahala akan menyusuri mu.




*tips elak beban dan rasa nak mengeluh:

1-  kalau rasa malas dan tension, tarik nafas dalam sambil istighfar dan lepaskan perlahan2
2- senyum kunci utama, ini membuktikan kita menerima kerja tu dengn ikhlas, jangan tunjukkan muka yang masam seandainya kita malas nk buat kerja tu
3- bila dah habis kerja, jangan sekali-kali ungkit kerja yang pernah kita lakukan
4- teruskan melakukannya tanpa rasa berat hati.. insyaAllah akan hilanglah rasa beban

Yang terakhir…

Petua untuk bakal sahabat-sahabat yang akan mendirikan rumah tangga. Terimalah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas.mengapa saya berkata demikian dan apa kaitannya dengan rumah tangga???

Anggaplah bebanan dari ahli rumah anda sabagai ujian buat anda dan seolah-olah anda berada dalam kursus Pra-perkahwinan.

Setiap ahli di dalam rumah kita serta orang disekeliling kita mempunyai perangai yang berbeza, samada seorang pemalas, pengotor, kaki bising, makan tak nak basuh, suka duduk di dalam bilik air terlalu lama dan pelbagai lagi perangai manusia yang tidak disukai ramai ada pada mereka (mungkin ada juga pada anda!!)
Anggap dan bayangkanlah setiap dari perangai buruk tadi ada pada anak-anak anda, terpulang kepada anda bagaimana untuk menyelesaikannya.Segala masalah tadi harus diselesaikan dan anda sebagai bapa wajib mengubah mereka untuk menjadi yang terbaik.

Mungkin juga pasangan anda juga mempunyai perangai buruk tersebut, jadi… sebagai modul dalm kursus ini, bermula saat ini, anda sekarang berada dalam proses pembelajaran untuk jadi seorang yang hebat, lebih-lebih lagi kepada pasangan dan anak-anak anda…

Jadi… kenapa mengeluh???

Pastikan… “tiada keluhan dalam ber’amal”.
 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger