Terkadang, kata-kata dan lafaz boleh mengundang bencana dan petaka, tapi apakan daya, kelakuan itu bukan disengaja atau direka, mungkin kerana diri ini leka dan alpa, terhadap Tuhan Yang Maha Pencipta,
Ya Rabbi.. Ampunilah dosaku..

Isnin, 30 Januari 2012

Kenangan Terindah... hadiah dari Allah sempena Maulidur Rasul


Niat murni hadir di Cairo International Book Fair hanya untuk mengambil gambar suasana di sana bertukar menjadi kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan...

Hanya berbekalkan LE10 datang ke pameran selepas beberapa jam bersantai serta bergambar dengan sahabat se'outing', tika berhampiran dengan pintu keluar, hati ini terdetik untuk kembali ke tempat menjual al-Quran kerana ingin membeli sesuatu yang indah untuk yang tersayang.

Selepas melalui beberapa booth pameran jualan buku, mata tertarik di satu ruang pameran, berkumpul sekitar 4 orang pembeli dalam keadaan sedang memegang kamera dan video camera seolah-olah merakam sesuatu yang menarik.

Hanya pandangan yang bersahaja aku lemparkan pada ketika itu, hati yang ' berdosa' ini berkata "hanya seorang Pakcik Tua yang bergelar penulis sedang menandatangani hasil buku karangannya", lalu perjalanan ini diteruskan bagi meneruskan pencarian al-Quran.

Selepas melepasi beberapa booth, hati kecil ini terdetik seakan-akan ingin mengetahui siapakah gerangan 'Pakcik Tua yang berjubah, berkopiah ust Azhar, dan kepalanya diselubungi serban putih dan sebahagian mukanya seolah-olah tertutup membuatkan mukanya kurang jelas untuk dilihat secara penuh.

Selepas hati ini terasa terpujuk untuk kembali ke booth tadi, diri yang 'berdosa ' ini terus mengamati secara dekat siapakah gerangan 'Pakcik Tua" tadi.

Seolah-olah mengetahui dan merasakan pernah terlihat wajah yang suci ini, tapi lupa pada waktu bila, selepas beberapa saat mengamatinya, aku terus bertanya kepada arab di sebelah.

Akhirnya, selepas diri yang berdosa ini mengetahui siapakah 'Pakcik Tua' itu, terus ku menyambut tangannya dan bersalam dengan rasa malu dan penuh kehinaan dan dalam masa yang sama hatiku memohon kemaafan kepadanya, kerana yang sebenarnya 'Pakcik Tua' itu adalah lebih mulia berbanding dengan ku yang hina lagi banyaknya dosa...

Perbaharuilah niat kalian dengan sebaik-baik niat, kerana niat yang baik akan disusuli dengan pahala dan niat yang baik kebiasaannya akan diganjari sesuatu yang lebih baik dari apa yang dihajati pada awalnya.

Peluang bersalaman dengannya adalah kenangan yang tidak dapat  dilupakan, kerana 'Pakcik Tua' ini bukanlah insan biasa bahkan lebih dari seorang penulis biasa yang sekadar hadir untuk menandatangani buku hasil karangan mereka.

Maafkan diri yang berdosa ini wahai guruku...

Aku bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hatiku untuk kembali bertemu dengan pewaris Nabinya, walaupun hanya berbekalkan LE10 ke pameran tersebut, kerana kewangan tidak mengizinkan untuk membeli sesuatu yang berharga di sana.

Seandainya niatku bukan semata-mata untuk mengambil gambar di sana... niatku ke sana untuk mencari buku untuk ILMU, nescaya Allah akan kurniakan lebih dari seorang 'Pakcik Tua' aku akan ketemui.

Wahai sahabat-sahabat, sekiranya kalian mempunyai kelebihan dari segi kewangan, tukarkanlah ia kepada buku, kerana buku adalah harta yang paling bernilai.

kenangan bersama...
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Ahad 29 Januari 2012
Cairo International Book Fair, Egypt


1 comments:

Muhd Bazli Zakaria berkata...

niatlah sesuatu yang paling baik dengan apa yang dihajati

 

KITA SEORANG HAMBA Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger